Sunday, 26 August 2012

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Anjuran JAHAEIK & Jameiah Al-Asriah, Kota Bharu , Kelantan.

PERKIM kelantan menyertai bersama Majlis Ramah Mesra Aidilfiri yang dianjurkan oleh JAHEAIK& Jamiah Al-Asriah, pada 28 Ogos 2012 (Selasa), bertempat di Perkarangan Bangunan Jameiah Al-Asriah. PERKIM Kelantan akan menghantar Saudara Kita seramai 150 orang, staf dan juga AJK-AJK PERKIM negeri Kelantan ( Anggaran keseluruhan penyertaan seramai 550 orang).

Tujuan majlis ini dilaksanakan :
1- menjalinkan hubungan kerjasama erat di antara Jameiah Al-Asriah dan JAHEAIK.

2- menonjolkan kepelbagaian bangsa dan keturunan di dalam Islam.

3- mempamerkan keindahan agama Islam dalam kepelbagaian.

4- menghilangkan persepsi masyarakat bahawa Islam adalah agama orang Melayu.

5- menimbulkan kegembiraan di kalangan Saudara Kita agar mereka rasa dihargai..


Monday, 6 August 2012

Ramah Mesra Bersama Saudara Muslim dan Ibu Tunggal Daerah Bachok, Kelantan.

Program bersama saudara Muslim dan Ibu Tunggal dengan Masyarakat di Daerah Bachok, Kelantan. Melibatkan peserta seramai 1000 orang. Program ini adalah anjuran bersama PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian Negeri Kelantan dan Pemuda UMNO Cawangan Bachok, Kelantan. Diadakan pada 7hb. Julai 2012, mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, bertempat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Tangok, Bachok, Kelantan. Pengisian program ialah Komunikasi Keluarga : "Dakwah Remaja dan Ibubapa dan Ibu Tunggal" yang disampaikan oleh Ustazah Suariza @ Hidayah bt Mohamad daripada PERKIM Kebangsaan. Ucapan aluan disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim Pemangku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan. Manakala ucapan perasmian penutup oleh Y.B Datuk Dr. Awang Adek Hussin Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.  Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta yang hadir.

Penerimaan Pelajar Praktikal Dari UKM

PERKIM Negeri Kelantan telah menerima kemasukan pelajar praktikal daripada UKM seramai 7 orang kesemuanya perempuan. Praktikal ini bermula pada 2hb. Julai 2012 dan akan berakhir pada 9 hb. September 2012. Bidang Kursus tersebut ialah Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Kita Anjuran Bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, JAKIM & PERKIM Negeri Kelantan.


         Program ini diadakan pada 02hb. Ogos, 2012, bertempat di Kompleks Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, melibatkan saudara/ri kita seramai 500 orang, bermula jam 5.00 petang hingga 8.30 malam.Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Othman b. Mustapha Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengisian bagi program ini adalah forum yang bertajuk "Bestnya Ramadhan".  Penal-penalnya adalah;-

                                 Al-Fadhil Ustaz Abdul Nasir bin Ahmad 
                                 Ketua penolong Pengarah,Bahagian Dakwah ,JAKIM

                                Al-Fadhil Ustaz Daud bin Abdullah
                                Penceramah, Institut Dakwah Islamiah PERKIM

Forum ini telah dipengerusikan oleh :-
                                Al-Fadhil Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi
                                Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM

Selain dari forum, diadakan juga Solat Terawih secara berjemaah. Ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan warga JAHEIK, JAKIM & PERKIM dengan saudara baru dan tidak berkecuali masyarakat Orang Asli.





                               

Wednesday, 25 April 2012

JAMUAN AMAL

Majlis jamuan amal PERKIM sempena kutipan derma bagi tabung pembinaan semula bangunan Tadika PERKIM dan dana pendidikan kelas pengajian Al-quran dan fardhu ain telah diadakan pada 07hb. April, 2012 di Perkarangan kawasan Masjid Al-Mukhlisin, Padang Perdana, Jln. Hospital, Kota Bharu.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Negeri Kelantan.

Monday, 23 April 2012

KUNJUNG HORMAT KE PEJ. MENTERI BESAR KELANTAN

Pada 15 April, 2012, jam 11.00 pagi Pegawai Kanan daripada Ibu Pejabat PERKIM Kuala Lumpur diringi oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Bhg Negeri Kelantan dan YB. Dr. Mohamed Fadhzli b. Dato' Hj. Hassan Naib Pengerusi II PERKIM Negeri Kelantan membuat kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur rombongan ini sempat menziarahi Mantan Pegawai PERKIM Negeri iaitu Hj. Hashim b. Muhamad di Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan.





MAKAN MALAM BERSAMA PEG. KANAN PERKIM KEBANGSAAN


Pada 14/4/2012, jam 9.30 mlm, perjumpaan antara Pegawai Kanan  PERKIM Kebangsaan  dengan AJK PERKIM Bhg Negeri Kelantan (bagi tempoh 2013/2014), bertempat di Restoran Syam, Jln Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.