Program ini diadakan pada 02hb. Ogos, 2012, bertempat di Kompleks Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, melibatkan saudara/ri kita seramai 500 orang, bermula jam 5.00 petang hingga 8.30 malam.Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Othman b. Mustapha Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengisian bagi program ini adalah forum yang bertajuk "Bestnya Ramadhan". Penal-penalnya adalah;-
Al-Fadhil Ustaz Abdul Nasir bin Ahmad
Ketua penolong Pengarah,Bahagian Dakwah ,JAKIM
Al-Fadhil Ustaz Daud bin Abdullah
Penceramah, Institut Dakwah Islamiah PERKIM
Forum ini telah dipengerusikan oleh :-
Al-Fadhil Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM
Selain dari forum, diadakan juga Solat Terawih secara berjemaah. Ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan warga JAHEIK, JAKIM & PERKIM dengan saudara baru dan tidak berkecuali masyarakat Orang Asli.
No comments:
Post a Comment