Monday, 6 August 2012
Ramah Mesra Bersama Saudara Muslim dan Ibu Tunggal Daerah Bachok, Kelantan.
Program bersama saudara Muslim dan Ibu Tunggal dengan Masyarakat di Daerah Bachok, Kelantan. Melibatkan peserta seramai 1000 orang. Program ini adalah anjuran bersama PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian Negeri Kelantan dan Pemuda UMNO Cawangan Bachok, Kelantan. Diadakan pada 7hb. Julai 2012, mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, bertempat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Tangok, Bachok, Kelantan. Pengisian program ialah Komunikasi Keluarga : "Dakwah Remaja dan Ibubapa dan Ibu Tunggal" yang disampaikan oleh Ustazah Suariza @ Hidayah bt Mohamad daripada PERKIM Kebangsaan. Ucapan aluan disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim Pemangku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan. Manakala ucapan perasmian penutup oleh Y.B Datuk Dr. Awang Adek Hussin Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta yang hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment