Wednesday, 25 April 2012

JAMUAN AMAL

Majlis jamuan amal PERKIM sempena kutipan derma bagi tabung pembinaan semula bangunan Tadika PERKIM dan dana pendidikan kelas pengajian Al-quran dan fardhu ain telah diadakan pada 07hb. April, 2012 di Perkarangan kawasan Masjid Al-Mukhlisin, Padang Perdana, Jln. Hospital, Kota Bharu.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Negeri Kelantan.

Monday, 23 April 2012

KUNJUNG HORMAT KE PEJ. MENTERI BESAR KELANTAN

Pada 15 April, 2012, jam 11.00 pagi Pegawai Kanan daripada Ibu Pejabat PERKIM Kuala Lumpur diringi oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Bhg Negeri Kelantan dan YB. Dr. Mohamed Fadhzli b. Dato' Hj. Hassan Naib Pengerusi II PERKIM Negeri Kelantan membuat kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur rombongan ini sempat menziarahi Mantan Pegawai PERKIM Negeri iaitu Hj. Hashim b. Muhamad di Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan.





MAKAN MALAM BERSAMA PEG. KANAN PERKIM KEBANGSAAN


Pada 14/4/2012, jam 9.30 mlm, perjumpaan antara Pegawai Kanan  PERKIM Kebangsaan  dengan AJK PERKIM Bhg Negeri Kelantan (bagi tempoh 2013/2014), bertempat di Restoran Syam, Jln Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.
 


 








Sunday, 15 April 2012

Mesyuarat Agung Perkim Kelantan Kali Ke-36



Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Negeri Kelantan Kali Ke 36/2012 telah diadakan pada 05hb. April, 2012, jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Amar b. Nik
 Abdullah, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan selaku Naib Pengerusi I PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.  


 
Pengerusi Tetap dan Naib Pengerusi 1 PERKIM 
Bahagian Negeri Kelantan sedang memulakan mesyuarat.


 
Pengerusi Tetap mengalu-alukan kedatangan
 perwakilan dan pemerhati mesyuarat yang hadir.


 
 Semua perwakilan dan pemerhati mesyuarat sedang tekun mendengar 
agenda-agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat


YM Raja Ariff b. Raja Hussin mewakili PERKIM cawangan sedang 
mengemukakan usul kepada pihak jawatankuasa mesyuarat
 

Naib Pengerusi II sedang menyampaikan ucapan penangguhan di dalam 
Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Negeri Kelantan Kali Ke 36


PRORAM KOMUNITI MASYARAKAT THAI KELANTAN

 “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. (An-Nahl : 125)

      Dakwah merupakan satu usaha murni untuk menyeru manusia supaya beriman kepada Allah SWT dengan melakukan kebaikan secara berhikmah, nasihat yang baik dan mujadalah yang sesuai dengan keadaan serta tahap kefahaman mad’u bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat memberi kesan dan diterima dengan baik oleh golongan yang menerima seruan dakwah.
 
     Satu lagi program dakwah anjuran Perkim Kebangsaan dengan kerjasama Perkim Bahagian Negeri Kelantan  telah diadakan pada 12-14 April 2012 bersamaan 20-22 Jamadil Awwal 1433h, bertempat di PCB Resort. Program ini melibatkan 64 orang peserta saudara baru Thai di seluruh Negeri Kelantan dan 4orang peserta dari Negeri Terengganu.


Pendaftaran peserta pada jam 3pm di Dewan PCB.

                                  
 Barisan Fasilitator yang terlibat di dalam Program Komuniti 
      Masyarakat Thai di Kelantan Tahun 2012.    


  Ustaz Nordin sebagai fasilitator sedang memberi penjelasan
 kepada ahli  kumpulan 1 di dalam slot LDK.

Ustaz Hj Ahmad Alfariti sebagai fasilitator kumpulan 2

 Ustaz Osman Rajniyom sebagai fasilitator kumpulan 3.

 Ustaz Abdul Rahman Abdul Manaf sebagai fasilitator
  kumpulan 5



  Peserta begambar kenang-kenangan bersama tetamu 
   kehormat serta barisan fasilitator di akhir program.